.gif)


Kali ini mari kita lihat satu lagi tips buat suami isteri atau pasangan kekasih yang tengah hebat melayari badai berahi. Sebut sahaja ciuman pasti ramai yang menggambarkan ciuman yang penuh ghairah sama ada di mulut, di leher mahupun di buah dada isteri. Tetapi sejauh mana di antara kita yang tahu bahawa ciuman berahi ini boleh membawa maut?
Tidak dinafikan suami atau isteri pasti sudah biasa dengan ciuman manja lovebite ini..LOVE BITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (love bite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa.
Tips Nak Hilangkan Kesan Love Bite
Secara umumnya, hickeys/love bite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara hilangkan love bite ni berkesan hanya untuk love bite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.
Kenapa Ciuman Berahi Suami Isteri atau Pasangan Kekasih ini Boleh Bawa Maut?
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada love bite yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan love bite di badannya. Dan dari kesan love bite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya love bite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!
So, hati-hatilah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan espressi cinta, ada yang maut.










