| Posted By: | June 7, 2012

7 Tips Untuk Berjaya Di Malam Pertama Pengantin





malam pertama pengantin

Bagi memelihara ikatan cinta, suami dan isteri perlu berusaha keras untuk memelihara kehangatan hubungan antara mereka berdua. Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pasangan pengantin baru pada malam pertama dan malam – malam seterusnya.

Berikut adalah 7 tips untuk berjaya di Malam Pertama Pengantin:

1. Jangan memaksa diri jika keadaan tubuh dan mood anda berdua tidak memungkinkan anda untuk mengadakan hubungan seks pada malam pertama pengantin. Seharian mengikuti atur cara majlis yang cukup padat, sudah tentu meletihkan tubuh badan dan konsentrasi anda.

2. Jangan terus beraksi. Lelaki ibarat api tetapi wanita seperti air. ‘Api yang mudah terbakar’ harus sabar menunggu sampai ‘air benar-benar mendidih’ agar anda berdua dapat mencapai kepuasan bersama.

3. Jangan main masuk sahaja. Lakukan penetrasi dengan lembut dan perlahan, tujuannya agar isteri tidak merasai kesakitan. Bila suami berjaya melakukan penetrasi yang ‘nikmat’ di malam pertama, ia akan menjadi kenangan terindah dalam hidup seorang wanita.

4. Jangan terus ‘menekan minyak’. Tekanan dan gerakan yang terlampau keras akan meninggalkan rasa pedih pada organ kelamin dan boleh menyebabkan iritasi.

5. Jangan menyakiti pasangan anda. Apa pun alasannya, tidak dibenarkan bila fantasi seksual yang ingin anda lakukan terlalu berlebihan pada malam pertama. Dikhuatiri boleh mengakibatkan kesakitan fizikal.

6. Jangan mengeluarkan kata-kata yang dapat menurunkan atau merosakkan mood pasangan anda. Sebaliknya saling merayu, bisikkan kata-kata yang romantis ke telinga pasangan anda dan menghangatkan suasana dengan kata-kata yang lembut.

7. Jangan terus membelakangkan tubuh kepada pasangan setelah ‘permainan’ selesai. Walaupun anda berdua pengantin baru, lakukanlah mengikut cara dan adab yang betul. Mulakanlah dengan foreplay (pemanasan), interplay (saat intim) dan diakhiri dengan afterplay (pendinginan).

 

Sumber





Related posts:



Similar Posts

Share this on :
Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *