| Posted By: | April 8, 2012

2 Rahsia Untuk Jadi Seorang Suami Yang Hebat Bercium!





rahsia seni ciuman

Menjadi seorang pencium yang baik membolehkan anda untuk alami hubungan seks yang sangat hebat. Bagi wanita, ciuman yang hebat dari seorang lelaki sudah boleh merangsang dia untuk datang inzal. Jadi, jika anda boleh memberi ciuman yang hebat, isteri anda pasti akan lebih sayang pada diri anda.

Berikut kami kongsikan 2 rahsia untuk menjadi hebat bercium:

Rahsia pertama

Ciuman adalah pertukaran emosi dan satu bentuk komunikasi antara anda dan pasangan anda. Apabila anda ingin mencium isteri anda, anda lakukannya dengan fikiran yang penuh dengan rasa sayang terhadapnya. Isteri anda akan lebih terangsang jika anda selalu mengacah – acah untuk mencium si dia iaitu anda seolah – olah ingin menyerang dia dengan senyuman tetapi anda hanya letakkan bibir sahaja. Dia akan rasa terangsang kerana dia bayangkan anda akan mencium dia sepenuh hati tetapi tidak. Daya imaginasi memang boleh merangsang seseorang.

 

Rahsia kedua

Rahsia kedua untuk hasilkan ciuman yang bagus adalah meniru cara isteri anda mencium anda. Cium mulutnya dan kesan bagaimana dia mencium anda. Biarkan dia mengawal aktiviti bercium. Selepas beberapa ketika, anda cium dia dengan lebih agresif dan cuba untuk ambil alih mengawal aktiviti bercium. Apabila anda berbuat demikian, dia akan rasa tindakan agresif yang anda lakukan dan akan cuba mengekalkan kawalannya. Akhirnya anda berdua akan bercium dalam keadaan yang penuh nikmat.

 

Itu sahaja perkongsian kami buat kali ini… jika anda merasakan ianya bermanfaat, jangan lupa berikan komen anda :)

Sekian…

.





Related posts:



Similar Posts

Share this on :
Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *